Saturday 21 October 2017

PILIS & PARAM

Perkataan PILIS dan PARAM berasal daripada perkataan Indonesia. Ramai wanita sekarang tak mahu pakai PILIS dan PARAM kerana ianya dikatakan renyah dan menyusahkan. Mana tak nya, nak sapu dahi dan perut sepanjang tempoh berpantang, rasa rimas. Tapi tahukah anda, rawatan tradisional ini nampak sahaja leceh tetapi kesannya memang menakjubkan kepada kesihatan dan kecantikan diri untuk jangka masa panjang. 

Ada pelanggan kami yang kata PILIS atau PARAM ini adalah sama, walhal ianya adalah berlainan sama sekali. Kenapa kami kata lain, antara sebabnya, bahan penghasilannya adalah berbeza. Selain itu khasiatnya juga berbeza selain sapuannya di bahagian anggota badan turut berlainan. Sila teruskan bacaan untuk info lebih :)



PILIS
PARAM



















PILIS ialah sejenis campuran ramuan yang ditampal pada dahi. Antara ramuan yang digunakan untuk membuat pilis adalah tepung beras, temulawak, kunyit, buah kapulaga, cekor, halba, kapur sirih dan air limau nipis/air mawar.

Kebaikan PILIS

Antara kebaikan memakai pilis kepada ibu berpantang adalah seperti berikut:-
  • Mengurangkan panas di kepala
  • Mengelakkan sakit di bahagian ubun
  • Menghindarkan rasa pening kepala
  • Segarkan mata dan elakkan darah naik ke kepala (boleh atasi migrain)
  • Mengelakkan mata rabun di usia muda
  • Dapat kurangkan pitam dan tekanan darah rendah
  • Penting!! Elak kan angin merian / meroyan yang dialami oleh ibu yang hadapi masalah tekanan emosi
PARAM ialah rawatan di mana seluruh badan disapu ramuan khas bagi mengelakkan angin masuk ke dalam tubuh dan memanaskan badan. Ramuan asas yang digunakan untuk membuat param ialah beras yang direndam. Beras ini kemudiannya dicampur dengan beberapa herba seperti biji rempah, cekor, temulawak, lengkuas, halia bentong, cendana, jerangau, ibu kunyit dan lempoyang. 

Kebaikan PARAM

Sapuan param dilakukan selepas mandi DAUN HERBA atau selepas BERURUT. Sapuan param mampu beri kesegaran pada badan. Antara faedahnya adalah :-
  • Menghaluskan dan melibatkan kulit
  • Menghindarkan badan masuk angin
  • Tubuh sentiasa hangat dan panas
  • Mengurangkan rasa sejuk dan kebas pada badan
  • Mengurangkan kesan-kesan stretch mark / kesan-kesan pecah pada badan terutama bahagian perut
Kami di Jannah Beauty Spa ada menjual PILIS dan PARAM dengan harga berpatutan. Hubungi kami di talian 017-500 94 88 atau like Facebook kami https://www.facebook.com/Jannahbeautyspa/
Whatsapp pun boleh www.wasap.my/60175009488

SET BERSALIN JELITA SARI

Assalamualaikum...lamanya kita tak bersua di alam maya ni. 

Alhamdulillah, pejam celik dah 2 tahun umur Jannah Beuaty Spa. Kami masih baru dan masih banyak perlu belajar dalam arena perniagaan ini. Dalam entry kali ini, kami nak perkenalkan SET BERSALIN JELITA SARI. 

SET BERSALIN JELITA SARI
  • Mandian daun herba
  • Minyak urut tradisi (diguna untuk ibu dan bayi)
  • Param 
  • Pilis
  • Lulur boreh 
  • Masker (sangat baik untuk hilangkan stress ibu)
  • Balm Terapi (bagus untuk ketenangan dan hilangkan stress ibu)
  • Minuman jamu (khusus untuk sembuhkan luka akibat bersalin)
  • Jamu herba (khusus untuk hangatkan badan ibu dan tambah susu)
  • Makjun (sangat baik untuk menambah susu ibu)
  • Set tangas
  • Tungku Herba (buat ibu dan bayi)
  • Tungku besi 

Pasti pembaca tertanya-tanya, banyaknya barangan dalam dalam satu set bersalin. Sebenarnya produk yang tersenarai di atas adalah terpulang kepada anda. Harganya masih dikira dalam harga pakej dan bila di kira dalam harga pakej, pastilah mampu milik.

Berminat..? Call atau whatsapp untuk survey harga. InsyaAllah kami akan balas dengan segera. Sekadar nak bertanya pun tak mengapa. Sila hubungi 017-500 9488 (Jannah)

Dalam entry berikutnya, saya akan cerita detail lebih sikit setiap satu produk.