Sunday, 24 April 2016

Herba Mandian Jannah

Dihasilkan daripada 14 jenis daun herba terpilih yang mengandungi khasiat tersendiri dan telah lama digunakan sejak lama dulu.

Antara daun herba yang digunakan ialah:
Daun Ganda Rusa
Daun Pucuk Jambu Batu
Daun Mengkudu
Daun Capa
Daun Halban
Daun Meringan
Daun Serai Wangi
Daun Inai
Daun Lemuni
Daun Pisang Kelat
Daun Sireh
Daun Lengkuas
Daun Halia Bara
Daun Kaduk
Daun Mandian Herba - Dikeringkan agar tidak mudah diserang kulat dan boleh disimpan tanpa ada tarikh luput

Kebaikan Mandian Herba:
Ia adalan amalan tradisi orang Melayu dahula kala dan masih diteruskan sehingga kini kerana keberkesanannya membantu menyegarkan kembali badan terutamanya kepada ibu selepas bersalin. Mandian herba ini dapat mengatasi masalah kebas-kebas dengan menlancarkan peredaran darah, membuang angin, melembutkn urat saraf, mengurangkan sengal tulang, sendi dan otot akibat proses meneran sewaktu melahirkan. Selain itu herba mandian ini juga bertindak sebagai aromaterapi dengan haruman pati daun yang dapat membantu mengurangkan rasa stress di samping dapat membuang angin dan melancarkan peredaran darah.
RM 18/exc postage
semenanjung +rm7
sabahsarawak +rm9

Monday, 15 February 2016

Bertangas

Ok pada entry kali ni...just nak share sedikit pengetahuan kami yang tidak seberapa pasal salah satu rawatan tradisi masyarakat Melayu. Perkataan bertangas bermaksud memanaskan badan dengan wap atau dalam bahasa moden kini sauna. Haa kalau sauna sure semua pernah dengar kan? Cuma sauna a.k.a bertangas ni khusus untuk miss V sahaja oleh itu ianya sedikit berbeza dengan sauna biasa.

Keberkesanan kaedah tangas telah terbukti hingga menjadikan ianya kekal sehingga kini. Cara ini sebenarnya adalah yang terbaik kerana segala nutrien herba diserap terus ke dalam badan melalui liang roma terus ke saluran darah. Manfaat daripada herba yang digunakan akan diserap seterusnya segala toksin dalam badan akan keluar melalui peluh. 

Ramuan Herba Bertangas

Kami di Jannah Beauty & Spa ada menjual set ramua herba khas untuk bertangas. Ramuan ni agak berbeza dengan ramuan mandi selepas bersalin kerana ianya lebih khusus kepada herba tertentu sahaja.

Antara Ramuan Herba Bertangas : Daun serai wangi, daun seringan (meringan), daun halban, daun kaduk, daun lemuni, daun capa, daun lengkuas, daun mengkudu, daun halia bara, daun sireh, daun inai, daun ganda rusa, daun timba tasek, jintan putih & hitam, garam kasar, asam gelugor (sedikit sahaja), manjakani dan sedikit halia. 

Banyakkan ramuan herba bertangas? Kalau ada yang nak kutip sendiri ramuan herba ini sendiri, silakan kerana ianya percuma. Bagi yang tidak ada masa lapang, boleh order dengan kami..whatsapp, telegram, we chat, message atau telefon jer 017-5009488.  

Set tangas 

Siapa sebenarnya perlu bertangas? Bertangas adalah khusus untuk wanita sahaja. Sesuai untuk wanita yang sudah berkahwin malah yang belum berkahwin (anak dara) pun boleh. Baca sini Harian Metro

Kebaikan bertangas 
  • Membantu mengurangkan berat badan
  • Mengatasi lesu-lesu badan
  • Melancarkan pengaliran darah
  • Mengeluarkan toksin dalam tubuh
  • Merawat bau dan lendir busuk yang keluar daripada saluran vagina
  • Melancarkan proses haid wanita
  • Mengurangkan keputihan dan alahan pada vagina
  • Mengelakkan kekenduran rahim (proplase)
  • Mengecut rahim serta otot-otot yang kembang
  • Luka jahitan (selepas bersalin) cepat sembuh
  • Bahagian sulit cepat kering dan ketat
Cara bertangas di rumah (tangas basah)

Cara bertangas di rumah [sumber :sini]
  1. Bahan-bahan - kain batik (dipakai), bangku plastik yang berlubang di tengah-tengah, 1 baldi untuk pangkin
  2. Letakkan bekas tangas di atas baldi pangkin dan letakkan kerusi plastik di atas bekas tangas.
  3. Minum segelas air sebelum mula proses bertangas.
  4. Duduk dengan keadaan kain batik diletak menutupi bangku plastik selama 15 - 20 minit.
  5. Ambil selimut yang tebal dan besar untuk dibalut pada badan.
  6. Buat senaman kemutan selama 15 - 20 minit. Cara senaman kemutan : tarik nafas dan buat senaman kemutan (macam menahan rasa nak terkencing) selama 10 saat. Lepas tu lepas la nafas tu. Ulang 3 kali dan rehat 30 saat. Lepas tu buat lagi senaman kemutan sampai tamat masa 15 - 20 minit tu.
  7. Selepas selesai basuh dengan air rebusan daun sireh.
  8. Minum segelas air selepas tamat proses bertangas.

Kaedah tangas kering
Jangan pelik kalau ada yang tak pernah dengar pasal tangas kering. Tangas kering ni sebenarnya lebih mudah daripada tangas basah tapi khasiat nya tak sama lah. Tangas basah lebih berkesan kerana melibatkan pelbagai ramuan herba manakala tangan kering hanya menggunakan batu sungai (dipanaskan) dan ramuan yang ditumbuk menggunakan lesung batu. 

  1. Panaskan batu sungai atas api (macam panaskan batu tungku)
  2. Tumbuk kunyit hidup, manjakani, halba, garam kasar, jintan hitam, akar pokok semalu. Dah siap perah limau nipus atau air asam jawa..buat ala-ala sambal belacan tu
  3. Letakkan bahan-bahan yang dah ditumbuk dalam periuk tanah dan lapiskan batu sungai di atasnya.
  4. Kaedah seterusnya sama sahaja macam tangas basah (senaman kemutan)
  5. Dah siap, basuh vagina guna air rebusan sireh dan minum segelas air.
Sumber : sini

Bila perlu bertangas?
  • Hari haid ke 6,7 & 8 (atau selepas darah haid kering pun boleh) - wanita berkahwin
  • Untuk wanita selepas darah nifas kering (selepas pantang)
  • Seminggu sebelum haid - anak dara
  • Boleh juga dicuba pada mereka yang ada ketumbuhan dalam rahim (cyst). Cuba sehingga ketumbuhan kecut sendiri - sebaiknya dicuba tangas kering
  • kekerapan bertangas : sebulan 2 kali (ada juga yang syorkan seminggu sekali)
Rasa entry kali ini dah panjang sangat. Nanti kami di Jannah Beauty & Spa update lagi ya...

Siapa Kami :)

Assalamua'laikum...salam perkenalan buat pelanggan-pelanggan Jannah Beauty & Spa.

Pada yang tidak mengenali dan baru nak kenal Jannah Beauty & Spa... Saya nak buat hebahan la skit.

Kami ada menawarkan perkhidmatan Rawatan Muka, Rawatan Resdung, Rawatan Ghurah, Saloon Rambut, Solekan Pengantin, Lukisan Inai (Henna), Sauna, Mandian Aroma Terapi, Mandian Susu, Mandian Bunga, Scrub Badan, Bertanggas, Terapi Ais, Pedicure & Manicure dan Kelas Solekan.


Sign Board Kedai Kami 


Kami juga mempunyai pakej-pakej yang menarik dengan harga yang berpatutan.

Di mana kami? Ok, first simpan no phone ni dulu 017-5009488. Bila-bila masa boleh message, whatsapp, telegram, we chat kepada no. ini. Insya'Allah kami cuba yang terbaik untuk menjawab apa sahaja pertanyaan anda.

Kami beroperasi dari pukul 10:00 pagi hingga 7:00 malam (setiap hari) beralamat no. 11A, Tingkat Satu, Lorong Setia 1, Taman Kamunting Setia, 34600 Kamunting, Perak. Kalau lah tak jumpa tempat kami ni, sila google search dekat google map...kedai kami betul-betul berhadapan Sek. Men. Keb. Kamunting (SMKK) - rujuk peta

Google Map - Lokasi ke Jannah Beauty & Spa


Setakat itu sahaja sebagai salam mula bicara. Nantikan hebahan-hebahan seterusnya... :)